Monday, 26 March 2012

:: PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK ::



Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi menambahkan keseronokan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil.

Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau dipelajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan kebangkitan seperti kelaparan atau ketidak selesaan. Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Pernyataan emosi kanak-kanak berubah dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Semakin umurnya meningkat, kanak-kanak akan semakin berkebolehan untuk menyatakan emosinya dengan cara yang lebih halus. Cara kanak-kanak meluahkan emosi mereka berubah daripada penyataan secara fizikal , misalnya memukul kawan apabila berasa marah .

Perkembangan Luahan Emosi Diskrit 
Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka misalnya, suka, takut, marah, sedih atau suka, terkejut dan minat. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. Apabila berasa kebangkitan yang tidak menyenangkan, tindak balas terhadap emosi ini akan diluahkan melalui gerak badan sepeti menendang sambil menjerit apabila sedang menangis. Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yang dialaminya merupakan tidak balas terhadap kebangkitan. Dalam usia yang sama emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Pada masa usianya 18 bulan pula rasa cemburu mulai timbul. Manakala pada umur 24 bulan, emosi baru iaitu keriangan mulai.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.


Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.


Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.


Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.


Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.


Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.


Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.


Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.


Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Kesimpulan 
Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.
Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya  segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak itu.                

No comments:

Post a Comment